| HOME | ABOUT | CONTRIBUTING | SEARCH | |
Utusan Malaysia Report PELACUR DIUPAH TUNJUK PERASAAN DI HADAPAN ISTANA (PROSTITUTES PAID TO DEMONSTRATE IN FRONT OF PALACE) KUALA LUMPUR 12 Okt - Pelacur-pelacur adalah di antara penunjuk-penunjuk perasaan upaHan di kawasan lereng bukit di hadapan Istana Negara minggu lalu. Utusan difahamkan pelacur-pelacur itu bercampur dengan kira-kira 300 orang lain yang terdiri daripada wanita dari kawasan kampung dan juga bandar. Kebanyakan pelacur-pelacur itu datang dari Seremban, Melaka dan juga Ipoh selain dari sini. Mereka telah dibayar oleh pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menganjurkan perhimpunan ini dari RM50 hingga RM60 dan diberikan kemudahan kenderaan. Mereka juga diminta memakai pakaian yang bersopan dan bertudung di samping diminta untuk melaungkan daulat tuanku. Pihak polis telah menyuraikan perhimpunan haram itu yang mendakwa bertujuan untuk mencari keadilan. Utusan difahamkan beberapa badan NGO yang anti kerajaan sekarang sibuk mengaturkan perhimpunan haram seumpama ini untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pihak luar yang membiayai mereka. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka telah membelanjakan wang peruntukan yang telah diberikan. Keadaan kegawatan politik di Malaysia sekarang memberikan kesempatan yang besar untuk mereka menjalankan aktiviti yang akan membolehkan mereka mendapatkan peruntukan yang lebih besar. Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamaruddin Mohd Ali, memberitahu bahawa kanak-kanak dan wanita telah digunakan sebagai perisai bagi perhimpunan haram sejuta reformasi sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pada hari Ahad lalu. Hal ini menyulitkan pihak polis untuk bertindak menyuraikannya. Pihak polis sekarang sedang menyusun strategi untuk menghadapi tunjuk perasaan yang menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai. |
|
| Published 13 October 98 | TOP |